
Gaza telah hancur angkara serangan rejim Zionis Israel. Masjid, pusat pengajian, universiti, rumah dan sekolah musnah sekelip mata. Paling menyedihkan, kitab suci al-Quran rosak dan tidak boleh digunakan lagi. Rakyat Palestin menghadapi kesukaran untuk mendapatkan naskhah al-Quran untuk dibaca terutama di bulan Ramadan yang mulia ini.
Kedutaan Palestin Rayu Sumbangan
al-Quran ke Gaza
Lebih 80% bumi Gaza telah musnah akibat serangan yang sengaja menyasarkan rumah kediaman, hospital, institusi pendidikan dan masjid. Antara yang turut musnah adalah kitab suci Al-Quran yang telah dibakar dan hancur dibawah runtuhan bangunan.
Sehubungan itu, pihak Kedutaan Palestin di Malaysia menggesa bantuan segera daripada rakyat Malaysia yang prihatin untuk turut menyumbang naskhah-naskhah Al-Quran bagi memberi bekalan rohani dan ketengangan jiwa kepada penduduk Gaza.






Edaran ke Gaza
Sokongan 24/7
Inisiatif antarabangsa
keperluan segera

APA YANG BOLEH KITA BANTU?
Bayangkan jika tiada mushaf di rumah atau masjid anda? Inilah yang berlaku di Gaza. Ribuan mushaf telah dimusnahkan, meninggalkan umat Islam di sana tanpa al-Quran. Tetapi kita masih ada peluang untuk membantu! Dengan hanya RM50, satu mushaf dapat dihantar ke Gaza. Ini bukan sekadar buku—ini adalah cahaya, panduan, dan kekuatan untuk mereka yang kehilangan segalanya. Jangan tunggu! Wakafkan mushaf hari ini dan bantu Gaza bangkit!
Permohonan Bantuan Mushaf
al-Qur'an
Serangan berterusan di Gaza telah menghancurkan masjid dan pusat hafazan, menyebabkan kekurangan mushaf al-Qur’an yang amat kritikal. Tanpa mushaf, usaha membaca dan menghafaz al-Qur’an menjadi semakin sukar, terutama bagi anak-anak dan generasi muda yang berusaha mempertahankan ilmu agama di tengah-tengah konflik.
Kami menyeru sokongan anda untuk membekalkan mushaf al-Qur’an kepada saudara kita di Gaza. Setiap mushaf yang disumbangkan adalah cahaya harapan, memastikan mereka terus berpegang kepada kitab suci Allah walaupun dalam keadaan yang penuh ujian.
Sheikh Dr. Ahed Abu Alatta
(Ketua Kesatuan Ulamak Luar Palestin Cawangan Asia Tenggara)

PROSES PELAKSANAAN WAKAF
Al-Quran mushaf Masjidil Aqsa yang diterbitkan oleh Kerajaan Palestin ini dicetak di Mesir menggunakan dana wakaf yang telah dikumpulkan.
Kesemua naskhah Al-Quran bagi tujuan wakaf ini akan dihantar ke kem pelarian, sekolah UNRWA, masjid, pusat pengajian dan maahad tahfiz dengan penyeliaan serta kerjasama daripada pihak berkuasa Palestin.

Kenali al-Quran Mushaf Masjid al-Aqsa?
Al-Quran mushaf Masjidil Aqsa bagi tujuan wakaf ini telah ditulis atau dikaligrafi oleh rakyat Palestin sendiri iaitu Sahel al-Kaabi. Ia disemak dan diluluskan oleh Jawatankuasa Semakan Universiti al-Azhar al-Syarif yang diketuai oleh Syeikh al-Azhar. Al-Quran ini juga telah diiktiraf secara rasmi sebagai MUSHAF MASJIDIL AQSA oleh Kerajaan Palestin.




Untuk tujuan wakaf, sila lengkapkan maklumat berikut:
Yayasan MyAQSA menawarkan pakej khas kepada para pewakaf, terutamanya organisasi korporat dan agensi kerajaan, yang ingin mewakafkan naskhah Al-Quran Mushaf Masjidil Aqsa secara pukal (minimum 1,000 naskhah). Untuk maklumat lanjut, sila isi borang di bawah, dan kami akan menghubungi anda.
YAYASAN MyAQSA
No. 90-A, Jalan Perak P15 Kompleks Komersial Nadi 15, Presint Diplomatik, 62050 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia
dengan kerjasama

Rakan strategik
_edited_edited.png)

